Matlamat & Visi

Pergerakan CP-PAKAT melalui aktiviti yang dijalankan telah membuka mata
masyarakat secara umumnya. Terkesan dengan pergerakan aktiviti ini, ia telah
sedikit sebanyak membantu masyarakat celik kepada persekitaran dan sekaligus
membantu pihak PDRM membanteras jenayah. Kadar jenayah yang dilaporkan
telah menurun sejak kewujudan CP-PAKAT.

Beberapa kejayaan CP-PAKAT direkodkan seperti kes di Desa Bukit Perpaduan
dimana pihak CP-PAKAT telah membantu pihak PDRM memberkas penjenayah
yang terlibat dalam kes pengedaran dadah. Ini adalah hasil daripada maklumat
risikan CP-PAKAT dengan kerjasama erat PDRM, “POLIS DAN MASYRAKAT
BERPISAH TIADA” adalah satu pernyataan yang benar dan ia memerlukan lebih
banyak kesedaran daripada masyarakat untuk membantu pihak PDRM.

VISI CP-PAKAT

CP-PAKAT mendukung penuh peranan untuk bersama menjaga keamanan dan
kesejahteraan Komuniti Tambun sebagai objektif utama penubuhan. CP-PAKAT
juga menggariskan “four pillar of attribute” yang menjadi paksi penting sejajar
dengan objektif seperti diatas.

Ia adalah:

  1. Jalinan Kerjasama:
    Membina dan mengukuhkan jalinan mesra antara
    Agensi dan Komuniti
  2. Pendidikan & Latihan:
    Memberi bantuan dan nasihat dalam permasalahan
    komuniti
  3. Meningkatkan Kesedaran:
    Kesedaran tanggungjawab bersama mencegah
    jenayah
  4. Program Bersepadu:
    Melaksanakan program bersepadu di seluruh komuniti
    dalam kawasan Tambun bagi memperkasakan agenda keselamatan dan
    kesejahteraan komuniti.
MISI CP-PAKAT

Fasa berikutnya, CP-PAKAT mensasarkan untuk melaksanakan program yang lebih
bersifat mendampingi masyarakat dan latihan keselamatan melalui rangka aktiviti seperti
berikut:

  1. Program perlancaran Biro Pengaduan Awam (Bantuan Keselamatan) CPPAKAT dalam usaha untuk membantu masyarakat berkaitan isu keselamatan
    komuniti serta perkara yang berkaitan.
  2. Program “centralize patrolling” yang menggariskan sistem rondaan malam di
    sekitar Tambun, membantu tugas PDRM mengawal selia dan kegiatan
    penyenayah.
  3. Pendekatan Polis & Komuniti melalui pergerakan Anggota Sektor untuk
    memastikan tiada keciciran dalam pergerakan PDRM ke taman-taman
    perumahan.
  4. Mewujudkan pasukan Marshal terlatih dan berkualiti yang kelak akan
    bergandingan dengan PDRM dalam membantu kelancaran aktiviti marshal
    dan keselamatan lalu lintas.
  5. Mengadakan “Road-Show” dengan lebih effektif melalui penglibatan JKKK
    serta JPP untuk memastikan CP-PAKAT meniti dibibir disetiap ahli komuniti
    di Tambun serta mempunyai identity tersendiri & berintrigiti.