PENDAFTARAN & SYARAT KEAHLIAN

KEAHLIAN CP-PAKAT

CP-PAKAT menerapkan elemen “selective registration” dalam pengambilan
keahlian untuk CP -PAKAT. Setiap ahli yang mendaftar, akan disemak latar
belakang bersama pihak PDRM, agar yang menjadi ahli bebas jenayah. CP –
PAKAT adalah sebuah organisasi yang bertunjangkan Kepolisan Komuniti, yang
mendokong imej PDRM dalam melaksanakan tugas dan aktiviti. Jesteru, adalah
penting untuk memastikan setiap ahli yang berdaftar adalah bersih.

Pengambilan keahlian CP-PAKAT juga adalah bersifat “diversity representative”
yang mana setiap Taman/Komuniti atau Persatuan akan menghantar wakil
sebagai ahli iaitu minima seramai 5 orang untuk mendaftar sebagai ahli CPPAKAT.
Ahli CP-PAKAT senantiasa bersedia dipanggil untuk bertugas membenteras
jenayah serta membantu tugas-tugas PDRM bagi memantau keadaan
persekitaran dan setempat membendung gerakan jenayah atau tidak bermoral.
CP-PAKAT telah membuka peluang dan minat kepada masyarakat untuk bersama
menyertai menjadi ahli menyumbang tenaga dan tanggungjawab membeteras
jenayah di kawasan penempatan atau setempat.

CP -PAKAT mensasarkan 200 orang ahli sehingga akhir tahun 2023. Setakat ini,
seramai 90 orang ahli telah berdaftar dan 15 Taman direkodkan keahlian CP –
PAKAT. Kini keahlian juga terbuka kepada kaum Wanita untuk membantu aktiviti
CP-PAKAT.

TANGGUNGJAWAB AHLI CP-PAKAT

Dalam memartabatkan keahlian CP-PAKAT, beberapa garis panduan ditetapkan
selain menekankan tanggungjawab ahli secara umum, antaranya:
i. Ahli adalah diwajibkan untuk mengikuti kursus yang dijalankan oleh
Jawatankuasa CP-PAKAT yang juga melibatkan pentauliahan dan
pensijilan
ii. Ahli perlu mempunyai sifat kesedaran bersama memerangi jenayah
serta membawa agenda kesejahteraan komuniti dalam usaha
melahirkan komuniti berkualiti
iii. Ahli harus menjaga nama baik CP-PAKAT yang berpayung bersama
pihak PDRM dan tidak menyalahgunakan kad keahlian sebagai kad
kuasa
iv. Ahli adalah bersedia seandainya diperlukan untuk melakukan kerjakerja sukarela termasuk rondaan bersepadu di seluruh kawasan
Tambun
Penerapan nilai seperti diatas adalah untuk memastikan setiap ahli yang berdaftar
adalah kompeten dan mampu menggalas tugas sukarela di dalam CP-PAKAT.

SYARAT DAN PERATURAN AHLI

1. Ahli Sukarelawan CP-PAKAT TIDAK MEMPUNYAI KUASA POLIS dan tidak boleh terlibat dalam salah guna dadah
dan apa- apa jua jenayah sepanjang keahliannya. Sekiranya ahli didapati bersabit dengan kesalahan dalam
menyalahguna kuasa dan terlibat dalam jenayah, keahliannya akan dilucutkan secara automatik.
2. Ahli Sukarelawan CP-PAKAT yang ingin menjalankan rondaan sukarela di kawasan masing-masing perlu
memaklumkan aktiviti kepada Ketua Polis Balai terdekat kawasan masing-masing dan daripada Jawatankuasa
Tertinggi Persatuan Keselamatan Komuniti Tambun. Mana-mana yang gagal berbuat demikian, akan dipecat
keahliannya dan segala peralatan dan pakaian yang dibeli, mestilah dikembalikan kepada CP-PAKAT.
3. Ahli Sukarelawan CP-PAKAT yang ingin menjalankan aktiviti, tugasan khas dan perkhidmatan masyarakat,
melainkan rondaan komuniti di kawasan masing-masing WAJIB MENDAPAT NASIHAT DAN MEMAKLUMKAN kepada
Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Keselamatan Komuniti Tambun.
4. Ahli Sukarelawan CP-PAKAT WAJIB untuk menghadiri segala mesyuarat, rondaan, kursus, latihan dan aktivitiaktivi yang dianjurkan oleh Persatuan Keselamatan Komuniti Tambun.
5. Ahli Sukarelawan CP-PAKAT WAJIB untuk mengenali jiran-jiran mereka dan memberi bantuan kepada jiran-jiran
mereka sekiranya diperlukan demi menjaga keamanan, kesejahteraan dan keselamatan komuniti mereka.
6. Ahli Sukarelawan CP-PAKAT WAJIB untuk menggunakan Model SARA (Scanning, Analyse, Respond, Assessment)
supaya mengenalpasti masalah jenayah dan sosial yang wujud di kawasan mereka.
7. Ahli Sukarelawan CP-PAKAT WAJIB untuk membantu polis dan kerajaan dalam usaha pencegahan jenayah ke
arah mencapai matlamat pengurangan jenayah demi menjaga keselamatan dan keamanan komuniti dan negara.
8.  Ahli Sukarelawan CP-PAKAT WAJIB mempunyai perwatakan baik, tidak boleh menggunakan bahasa kesat dan
berkelakuan kasar, mesti berpakaian kemas. Pakaian seragam/uniform hanya boleh dipakai ketika waktu bertugas
atau dalam majlis rasmi sahaja.
9. Ahli Sukarelawan CP-CP-PAKAT WAJIB memberi bantuan dalam pengurusan khairat kematian apabila diperlukan.
10. Ahli Sukarelawan CP-PAKAT DIMESTIKAN memperolehi ilmu undang-undang untuk menjadi seorang yang
berdisiplin dan berhemah melalui program latihan dan kursus.
11. Ahli Sukarelawan CP-PAKAT TIDAK DIBENARKAN mengeluarkan apa-apa kenyataan media dan menerima
temuramah media tanpa kelulusan sah daripada Jawatankuasa Tertinggi.