AKTIVITI CP-PAKAT 2017

AKTIVITI CP-PAKAT 2017

AKTIVITI 1

Penyerahan kad Keahlian CP-PAKAT telah berjaya dilaksanakan di Dewan KRT Taman Meru, Semoga ianya dapat memberi suatu semangat yang kuat bagi ahli CP-PAKAT dalam usaha ke arah keselamatan komuniti.

AKTIVITI 2

Program Marshall CP-PAKAT bagi membantu kawalan lalulintas semasa program Program Colour Muzic Run dijalankan.

AKTIVITI 3

Program Marshall CP-PAKAT bagi membantu kawalan lalulintas semasa program Fun Ride Sg Tapah Hari Malaysia dijalankan.

AKTIVITI 4

Program Marshall CP-PAKAT bagi membantu kawalan lalulintas semasa program Sambutan Hari Kebangsaan Konvoi Motosikal dijalankan.

AKTIVITI 5

Program Marshall CP-PAKAT bagi membantu kawalan lalulintas semasa program Sentuhan Kasih, Kayuhan Amal Adik Adam Haikal dijalankan.

AKTIVITI 6

Jamuan Hi Tea bersama PDRM IPD Ipoh dan kepimpinan masyakat Tambun telah diadakan bagi merapatkan kerjasama antara kepimpinan masyarakat dan PDRM.

AKTIVITI 7
Pada 17 October 2017, CP-PAKAT telah dijemput untuk bersama meraikan di Majlis Makan Malam “Jasamu Dikenang” bersempena kenaikan pangkat serta pertukaran ACP Tn Sum Chang Keong (Mantan Ketua Polis Daerah Ipoh) serta persaraan Supt Tuan Razali bin Mat Salleh yang juga merupakan salah seorang daripada penasihat CP-PAKAT. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Persatuan Kepolisan Komuniti Daerah Ipoh dan telah diadakan di MH Hotel.

AKTIVITI 8
Program Kursus Asas Marsyal & Penyerahan Kad Keahlian CP-PAKAT telah berjalan dengan sempurna di Dewan Komuniti Klebang Restu pada 24 September 2017 dimana Kursus Asas Marsyal ini telah disampaikan oleh Penceramah drp Bhgn Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ipoh, Sjn Hj Ghaffar B Mohd Noor.Kursus ini turut dihadiri oleh Y.Bhg Dato Azizul Kama (Pengerusi CP-PAKAT), AJK, Ahli CP-Pakat yang berdaftar dan CP-Bercham dan Juga CP-Taman Taiping Pasir Putih. Seramai 82 peserta kursus di catatkan pada hari ini.Perasmian Penutup Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato Hj Aminuddin B Hj Md Hanafiah, Adun Hulu Kinta merangkap Penaung CP-PAKAT. Majlis ini turut dihadiri oleh YDH Tuan Supt Abd.Rani b Alias (Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi merangkap Penasihat CP-Pakat) & SM Rosli b Muda (Ketua Polis Balai Chemor).

AKTIVITI 9

CP-PAKAT diketuai Pengerusi, Dato Azizul Kama serta AJK tertinggi membuat kunjungan hormat ke atas YB Dato Aminuddin b Hj Md Hanafiah selaku Penaung CP-PAKAT di Pejabat Adun Hulu Kinta pada 21 September 2017 untuk membincangkan perancangan jangka hadapan CP-PAKAT dalam usaha mendampingi masyarakat bagi mewujudkan kesedaran berkaitan isu
kesejahteraan serta keselamatan komuniti.

AKTIVITI 10
Program santai pagi telah diadakan pada 10 September 2017 dalam usaha CP-PAKAT mendekati masyarakat serta memperkenal fungsi Community Policing, diketuai Pengerusi CP-PAKAT Y.Bhg Dato Hj. Azizul Kama Abdul Aziz,Ahli serta MT CP-PAKAT bersama NGO Keselamatan & masyarakat pekan Chemor.

AKTIVITI 11
Sesi taklimat santai bersama penduduk Klebang Damai berkaitan CP-PAKAT serta Community Policing telah diadakan pada 4 September 2017. Sesi ini adalah bertujuan untuk member pencerahan berkaitan gerak kerja sertaobjektif CP-PAKAT. Ia juga adalah medium pengenalan kepada penduduk Klebang Damai. Pada sesi tersebut, sejumlah 15 borang keahlian baru
diterima pada malam tersebut.

AKTIVITI 12
Program HPP telah dijalankan pada 24 Ogos 2017 bersama Tn. SAC Selven A/L Tharmalinggam (Ketua Jabatan Penjegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Perak), Amanita, CP-PAKAT dan MCPF. Ia bertujuan untuk mendekati masyarakat dan mengedarkan risalah berkaitan penjegahan jenayah serta pengenalan kepada aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol – applikasi pintar untuk aduan)

About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *