AKTIVITI CP-PAKAT 2018

AKTIVITI CP-PAKAT 2018

AKTIVITI 1
Pihak CP PAKAT membantu menjaga lalulintas , parkir dan konvoi mengiringi pengantin sempena perkahwinan anak Pengerusi CP-PAKAT Tuan Supt (B) Haji Razali Bin Haji Mat Salleh di SM Pakatan Jaya, Ipoh

AKTIVITI 2
Satu Program Colour Music Run 2018 yang dianjurkan oleh Perak Wonders Campaign and Navi J Production Event Management iaitu pogram colour run yang objektifnya berlari di sekitar kawasan meru raya sejauh 5km. Pihak penganjur mohon kerjasama CP PAKAT bertugas mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan para peserta.

AKTIVITI 3
CP PAKAT telah di minta oleh urusetia Yayasan Sultan Idris Shah untuk menjaga lalu lintas dan parkir di perkarangan bangunan Yayasan Sultan Idris Shah sempena Pesta Kerjaya Untuk Orang Kurang Upaya (OKU) 2018.

AKTIVITI 4
Menghadiri Kenduri Tahlil dan Doa Selamat di kediaman Pengerusi CP-PAKAT Tuan Supt (B) Haji Razali Bin Haji Mat Salleh sempena pemergian beliau ke Tanah Suci menunaikan Haji 2018.

AKTIVITI 5
Majlis Hari Raya anjuran bersama CP-PAKAT dan Persatuan Penduduk Taman Meru Perdana II dan penyerahan kad keahlian anggota CP PAKAT.

AKTIVITI 6
CP-PAKAT telah mengadakan Mesyuarat Agung kali pertama di Hotel Seri Malaysia. Tujuan Mesyuarat Agung ni dibuat adalah untuk memilih semula AJK induk untuk didaftarkan dalam E-ROSES. Turut hadir pada mesyuarat ini adalah penaung CP-PAKAT Yb Dato Aminudin Hanafiah

AKTIVITI 7
Majlis Malam Mesra CP –PAKAT di Taman SPK yang di hadiri oleh Pegawai Khas MB Dato Azhar, Dato Aminudin Hanafiah dan Dato Azizul Kama.

AKTIVITI 8
Majlis Malam Mesra CP –PAKAT di Taman SPK yang di hadiri oleh Pegawai Khas MB Dato Azhar, Dato Aminudin Hanafiah dan Dato Azizul Kama.

AKTIVITI 9
Ahli Jawatan Kuasa dan Exco CP-PAKAT mengadakan kunjungan hormat ke kediaman Menteri Besar Perak.

AKTIVITI 10
CP PAKAT di terajui oleh Dato Azizul Kama Abdul Aziz memenuhi hasrat OCS SM Yahya menyampaikan sumbangan cat untuk Balai Polis Manjoi. Ahli CP-PAKAT turut sama bergotong royong mengecat bersama dengan anggota balai pada 13hb Februari 2018.

AKTIVITI 11
Konvoi bermotosikal dan menjaga lalulintas dari Chemor ke Padang Tanjung Rambutan anjuran Adun YB Ulu Kinta.

AKTIVITI 12
Penyerahan kad Keahlian CP-PAKAT telah berjaya dilaksanakan di Dewan KRT Taman Meru, Semoga ianya dapat memberi suatu semangat yang kuat bagi ahli CP-PAKAT dalam usaha ke arah keselamatan komuniti.

AKTIVITI 13
CP-PAKAT TAMBUN dan barisan Jawatankuasa serta Exco melakukan kunjungan hormat kepada YDH Tuan ACP Mohd Ali Hj Tamby, Ketua Polis Daerah Ipoh.
Sesi ramah mesra dan taklimat yang berguna untuk Jawatankuaa serta barisan Exco yang hadir. Turut sama CP-Bercham, Saudara Ho dan Jawatankuasa.

About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *